Total Pageviews

Tuesday 12 July 2011

Penyelidikan ilmiah dalam kemajuan negara

    Penyelidikan adalah suatu penerokaan bersama pembelajaran.  Penyelidikan juga disebut sebagai satu kajian terperinci mengenai sesuatu subjek dalam hal untuk meneroka maklumat atau mendapatkan suatu kefahaman baru.  Penyelidikan juga merupakan suatu proses pencarian, penerokaan dan penyiasatan maklumat yang melibatkan pengumpulan, mentafsir dan menilai (analisis) maklumat yang diperolehi.Penyelidikan iimiah mempunyai pelbagai kepentingan kepada masyarakat dan Negara.  Setiap penyelidikan yang dilakukan mesti mempunyai faedah atau penambahbaikan.  Penyelidikan pendidikan di Malaysia pula dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat makro dan mikro.  Di peringkat makro, penyelidikan pendidikan dijalankan oleh agensi-agensi bawah kelolaan KPM dan universiti tempatan.  Tujuan penyelidikan di peringkat ini lebih tertumpu pada penilaian dasar-dasar pendidikan dan penilaian pada program-program pendidikan. Selain itu, terdapat juga agensi-agensi lain kerajaan dan swasta yang melakakukan kajian bagi meningkatkan prestasi dan kemajuan masing-masing. Kajian yang dilakukan dengan sempurna dapat membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi serta menghalang daripada kita mengulang kesilapan yang pernah berlaku.  .  Hasil penyelidikan juga menemukan tindakan yang dapat dilakukan untuk mengatasi penyimpangan -penyimpangan atau memecahkan persoalan-persoalan atau mengatasi hal-hal yang tidak diharapkan.Penyelidihkan ilmiah turut meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.  Dengan adanya penyelidikan para ahli ekonomi dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang dapat meningkatkan pendapatan negara.  Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan negara kita sebagai tempat pelaburan yang baik di arena kebangsaan.Seterusnya penyelidikan yang sempurna juga dapat meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk " Minda Kelas Pertama" dalam kalangan rakyat.  Pengetahuan yang luas dan inovasi dapat membantu industry negara kita menghasilkan barangan atau produk serta perkhidmatan yang berkualiti.  Perkara ini akan membuka peluang-peluang ekonomi serta pembangunan negara kita.Kajian turut membantu menagani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku di beberapa bahagian negara kita.  Ketidakseimbangan berlaku akibat kekurangan ilmu pendidikan dan kemahiran seperti yang diperlukan pada masa sekarang.  Terdapat golongan yang tidak dapat mengikuti perkembangan masa kini dan terpaksa melakukan pekerjaan secara klasik atau manual.  Hal ini, mewujudkan jurang perbezaan pndapatan antara yang berkemahiran tinggi dan tidak berkemahiran.  Kajian atau penyelidikan yang dilakukan dapat mengenal pasti masalah yang berlaku serta dapat memcari jalan penyelesaikan yang berkesan untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berlaku.  Penyelidikan berunsurkan ilmiah yang berterusan dapat membina tenaga kerja yang lebih berproduktif berbanding yang lama.Penyelidikan ilmiah mampu meningkatkan tahap dan kualiti hidup rakyat.  Kajian yang dilakukan dapat mengenal pasti kekurangan dan keperluan rakyat secara nyata.  Para penyelidik akan mendekati golongan rakyat daripada lapisan masyarakat yang pelbagai dan daripada latar belakang yang berlainan. Perkara ini mampu mencerminkan sacara lebih terperinci keperluan yang perlu ditunaikan.  Keputusan-keputusan kajian lepas mampu menemui jalan penyelesaian yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat Malaysia.Seterusnya penyelidikan ilmiah yang berkesan dapat mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.  Para penyelidik akan mengkaji kesan pelaksanaan cadangan atau dasar yang di kuatkuasakan oleh kerajaan.  Perkara ini dapat menemui masalah-masalah dan kegagalan yang dihadapi daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut.  Oleh itu, punca kegagalan dapat dikenal pasti dan diperbaiki dalam masa yang ringkas. Dengan ini, pelaksanan dasar-dasar akan menjadi lebih lancar dan mampu mendapat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.  Dengan penyelidikan juga institusi kerajaan ataupun swasta dapat merangka strategi jangka panjang yang mengukuhkan kedudukan serta lebih kreatif dan berinovatif.Kesimpulanya, setiap penyelidikan ilmiah mempunyai kepentingan yang tersendiri mengikut bidang yang dikaji.  Data-data dan dapatan kajian yang telus dapat digunakan dalam kehidupan harian serta untuk keperluan masing-masing.  Bagi memperolehi keputusan yang betul dan tepat penyelidikan ilmiah perlu dilakukan secara sistematik, teratur dan perlu mempunyai unsur- unsur kebenaran.  Oleh itu, penyelidikan ilmiah perlu dilakukan dengan serius, persis dan tepat.

Kepentingan Penyelidikan Ilmiah

      Penyelidikan adalah satu penerokaan bersama pembelajaran.penyelidikan juga disebut sabagai satu kajian terperinci mengenai sesuatu subjek dalam hal untuk meneroka maklumat atau mendaptkan satu kefahaman bary. penyelidikan juga merupakan suatu proses pencarian, penerokaan dan penyiasatan maklumat yang melibatkan pengumpulan, mentafsir dan menilai (analisis) maklumat yang diperoleh.

     Penyelidikan iimiah mempunyai pelbagai kepentingan kepada masyarakat dan Negara.  Setiap penyelidikan yang dilakukan mesti mempunyai faedah atau penambahbaikan.  Penyelidikan pendidikan di Malaysia pula dijalankan dalam dua peringkat iaitu peringkat makro dan mikro.  Di peringkat makro, penyelidikan pendidikan dijalankan oleh agensi-agensi bawah kelolaan KPM dan universiti tempatan.  Tujuan penyelidikan di peringkat ini lebih tertumpu pada penilaian dasar-dasar pendidikan dan penilaian pada program-program pendidikan.

   Selain itu, terdapat juga agensi-agensi lain kerajaan dan swasta yang melakakukan kajian bagi meningkatkan prestasi dan kemajuan masing-masing. Kajian yang dilakukan dengan sempurna dapat membantu menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi serta menghalang daripada kita mengulang kesilapan yang pernah berlaku.  .  Hasil penyelidikan juga menemukan tindakan yang dapat dilakukan untuk mengatasi penyimpangan -penyimpangan atau memecahkan persoalan-persoalan atau mengatasi hal-hal yang tidak diharapkan.

    Penyelidihkan ilmiah turut meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai yang lebih tinggi.  Dengan adanya penyelidikan para ahli ekonomi dapat mengenal pasti peluang-peluang perniagaan dan pelaburan yang dapat meningkatkan pendapatan negara.  Hal ini secara tidak langsung akan menjadikan negara kita sebagai tempat pelaburan yang baik di arena kebangsaan.
    Seterusnya penyelidikan yang sempurna juga dapat meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk " Minda Kelas Pertama" dalam kalangan rakyat.  Pengetahuan yang luas dan inovasi dapat membantu industry negara kita menghasilkan barangan atau produk serta perkhidmatan yang berkualiti.  Perkara ini akan membuka peluang-peluang ekonomi serta pembangunan negara kita.
    Kajian turut membantu menagani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku di beberapa bahagian negara kita.  Ketidakseimbangan berlaku akibat kekurangan ilmu pendidikan dan kemahiran seperti yang diperlukan pada masa sekarang.  Terdapat golongan yang tidak dapat mengikuti perkembangan masa kini dan terpaksa melakukan pekerjaan secara klasik atau manual.  Hal ini, mewujudkan jurang perbezaan pndapatan antara yang berkemahiran tinggi dan tidak berkemahiran.  Kajian atau penyelidikan yang dilakukan dapat mengenal pasti masalah yang berlaku serta dapat memcari jalan penyelesaikan yang berkesan untuk mengurangkan ketidakseimbangan yang berlaku.  Penyelidikan berunsurkan ilmiah yang berterusan dapat membina tenaga kerja yang lebih berproduktif berbanding yang lama.
      Penyelidikan ilmiah mampu meningkatkan tahap dan kualiti hidup rakyat.  Kajian yang dilakukan dapat mengenal pasti kekurangan dan keperluan rakyat secara nyata.  Para penyelidik akan mendekati golongan rakyat daripada lapisan masyarakat yang pelbagai dan daripada latar belakang yang berlainan.
Perkara ini mampu mencerminkan sacara lebih terperinci keperluan yang perlu ditunaikan.  Keputusan-keputusan kajian lepas mampu menemui jalan penyelesaian yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti hidup semua lapisan masyarakat Malaysia.
      Seterusnya penyelidikan ilmiah yang berkesan dapat mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan.  Para penyelidik akan mengkaji kesan pelaksanaan cadangan atau dasar yang di kuatkuasakan oleh kerajaan.  Perkara ini dapat menemui masalah-masalah dan kegagalan yang dihadapi daripada pelaksanaan dasar-dasar tersebut.  Oleh itu, punca kegagalan dapat dikenal pasti dan diperbaiki dalam masa yang ringkas.
     Dengan ini, pelaksanan dasar-dasar akan menjadi lebih lancar dan mampu mendapat kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.  Dengan penyelidikan juga institusi kerajaan ataupun swasta dapat merangka strategi jangka panjang yang mengukuhkan kedudukan serta lebih kreatif dan berinovatif.
Kesimpulanya, setiap penyelidikan ilmiah mempunyai kepentingan yang tersendiri mengikut bidang yang dikaji.  Data-data dan dapatan kajian yang telus dapat digunakan dalam kehidupan harian serta untuk keperluan masing-masing.  Bagi memperolehi keputusan yang betul dan tepat penyelidikan ilmiah perlu dilakukan secara sistematik, teratur dan perlu mempunyai unsur- unsur kebenaran.  Oleh itu, penyelidikan ilmiah perlu dilakukan dengan serius, persis dan tepat.