Total Pageviews

Tuesday 4 September 2012

Ulasan Jurnal Tentang Matapelajaran Vokasional dan Teknik


 Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 151

PENILAIAN PROGRAM MATA PELAJARAN VOKASIONAL (MPV) BAGI
BIDANG PERTANIAN DI SEKOLAH MENENGAH HARIAN
DI SEMENANJUNG MALAYSIA
(The Evaluation of the Implementation of Vocational Subject Agriculture
at Secondary Schools in Peninsular Malaysia)
MOHD NORDIN ABU BAKAR
RAMLEE MUSTAPHA
MOHAMMED SANI IBRAHIM
ABSTRAK
TAHAP KEMAJUAN: Kajian ini menggunakan model CIPP untuk menilai
pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) bidang pertanian di sekolah
menengah dalam kalangan 695 orang sampel yang terdiri daripada guru mata
pelajaran, pentadbir dan pelajar. Instrumen yang digunakan ialah soal selidik,
temubual dan senarai semak serta pemerhatian. Hasil kajian mendapati semua
responden bersetuju pelaksanaan MPV (Pertanian) berjalan dengan baik serta
memenuhi matlamat kurikulum MPV, kecuali pentadbir memberi tahap sederhana
bagi komponen kesan pelaksanaan. Ujian ANOVA menunjukan guru-guru dari
pelbagai pengkhususan (Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan dan Akuakultur
dan Haiwan Rekreasi) tidak berbeza dalam tahap kesediaan pengetahuan,
kemahiran dan keyakinan dalam melaksanakan MPV. Kurikulum MPV didapati
sangat sesuai (nilai min tinggi) dengan matlamat kursus dan persekitaran sekolah.
Analisis regresi berganda mendapati keyakinan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran serta kesediaan kemahiran menyumbang secara signifikan
pelaksanaan MPV yang lebih baik. Proses pengajaran dan pembelajaran MPV serta
kerja-kerja amali menyumbang secara signifkan kepada kesan pelaksanaan program
MPV (Pertanian) dan pencapaian akademik pelajar MPV. Kesimpulannya, majoriti
(9) komponen penilaian pelaksanaan MPV berada pada tahap tinggi manakala tiga
komponen berada pada tahap sederhana iaitu kerjasama yang diberikan oleh pihak
industri, kursus/latihan yang pernah dihadiri, dan kemudahan serta peralatan.
ABSTRACT
PROGRESS: This research used CIPP Model to evaluate the implementation of
vocational subjects (VS) agriculture in secondary day schools among 695 samples
involving the subject teachers, administrators and students. The instruments used were
questionnaire, interview, checklist and observation. The research findings showed that
all the respondents agreed that the implementation of vocational subject agriculture
was carried out well and met the aim of the vocational subject’s curriculum, except
that the administrators gave a moderate rating for the component on the effects of the
implementation. The ANOVA test indicated that teachers from various fields
(Landscape and Nursery, Food Plants and Aquaculture and Recreational Animals)
showed no difference in terms of readiness in knowledge, skills and confidence in
implementing the vocational subjects. The vocational curriculum was found highly
152 Mohd Nordin, Ramlee & Mohammed Sani
suitable (high mean value) with the course’s aims and schools’ environment. Multiple
regression analysis showed that confidence towards teaching and learning process and
skills’ readiness contributed significantly towards a better implementation of
vocational subjects in schools. Teaching and learning process of vocational subjects
and practical work also contributed significantly to the effects of the implementation
of the vocational subjects and academic achievement of the vocational students. In
conclusion, the majority of the (9) components in the evaluation of the implementation
of vocational subjects in schools was on high level, whereas three components were on
a moderate level i.e. cooperation from industry players, courses/trainings attended
and facilities and tools.
PENGENALAN
Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan satu dari pelbagai cabang ilmu
pendidikan yang mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Malaysia mensasarkan
tahun 2020 sebagai tarikh keramat di mana menjelang tahun tersebut Malaysia
akan digelar negara maju sepenuhnya walaupun sesetengah pihak meramalkan
Malaysia mampu menjadi negara maju sebelum tahun 2020. Permintaan terhadap
tenaga pekerja teknikal dan vokasional terutamanya kumpulan mahir dan separa
mahir semakin meningkat akibat kepesatan ekonomi negara dalam era k-ekonomi
yang menjadi pemangkin menjelang tahun 2020. Justeru, negara memerlukan
tenaga kerja yang berpengetahuan, berkemahiran tinggi, berkompetensi, terlatih
dan bermotivasi, mudah memahami perubahan dan mempunyai nilai-nilai yang
jelas (Ahamad 2003).
Pertumbuhan dalam ekonomi dan industri Malaysia adalah bergantung
kepada keupayaan untuk mempertahankan kadar produktiviti yang tinggi dan daya
saingan di arena antarabangsa. Daya saingan dan produktiviti industri pula
bergantung kepada adanya tenaga kerja yang berpendidikan, mahir dan bermotivasi
tinggi. Menurut Yahya Emat (1993) hasrat dan harapan negara terhadap latihan dan
pendidikan dalam bidang teknik dan vokasional adalah amat tinggi. Kepincangan di
dalam sistem latihan ataupun pendidikan teknik dan vokasional akan
mengakibatkan kurangnya tenaga mahir yang seterusnya akan menyebabkan
pertumbuhan industri menjadi lembab dan pengeluaran nasional menjadi lemah. Di
mana-mana negara yang sedang membangun keperluan tenaga profesional amat
diperlukan bagi menentukan kesinambungan pembangunan negara (Aede Hatib
1999). Memandangkan tumpuan pembangunan negara adalah lebih ke arah
perindustrian dan pembuatan, maka adalah perlu bagi pendidikan teknik dan
vokasional menyediakan suatu bentuk sistem pendidikan dan latihan yang seiring
dengan keperluan industri serta pasaran (Aede Hatib 1999).
Menurut Baek (1999), kini kebanyakan negara industri di Eropah juga
menyediakan pendidikan di peringkat sekolah menengah dengan menggabungkan
kurikulum teknikal dan vokasional dengan kurikulum akademik tetapi
pendekatannya berdasarkan budaya, kecenderungan dan sejarah negara masingmasing.
Sistem pendidikan di Malaysia juga tidak lari daripada perkara tersebut.
Menurut Yahya Emat (1993) berbagai-bagai usaha dijalankan supaya masyarakat
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 153
berpandangan secara positif terhadap pendidikan teknik dan vokasional.
Contohnya, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM), telah ditekankan terhadap nilai-nilai yang tinggi seperti
keupayaan untuk bekerja keras, semangat untuk memajukan diri, etika kerja yang
baik, disiplin dan semangat untuk bersaing. Dalam kurikulum baru telah
diperkenalkan satu pelajaran baru iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu.
Kesinambungan mata pelajaran ini diteruskan lagi ke peringkat menengah atas
dengan memperkenalkan mata pelajaran vokasional (MPV) yang mula dilaksanakan
pada tahun 2002 dengan harapan memberi peluang kepada murid terutamanya
yang berpotensi dalam ketukangan tangan memilih mata pelajaran mengikut minat
dan bakat mereka. Inisiatif ini juga dapat meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti
penglibatan murid kepada bidang vokasional dan teknikal yang diperlukan negara
buat masa ini (Pelan Induk MPV untuk Sekolah Menengah Akademik 2002-2005).
Menurut Ramlee Mustapha (1999), pendidikan vokasional secara umumnya
boleh ditakrifkan sebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan
kemahiran teknikal untuk melahirkan guna tenaga mahir dan separa mahir.
Pendidikan Vokasional yang mantap dan berkualiti mampu mereliasasikan hasrat
murni tersebut. Murherjee (1989) menyatakan bahawa pendidikan dan latihan
vokasional harus menitikberatkan perkembangan dalam kemahiran dan memupuk
sifat berdikari. Jepson (1987) dipetik dari Jaafar (1995) mengatakan bahawa telah
terdapat persetujuan tentang keperluan pendidikan vokasional yang dapat
melengkapkan pelajar dengan kemahiran asas, pengetahuan dan kefahaman untuk
menghadapi sebarang cabaran dalam kehidupan harian. ManakalaWan Mohd. Zahid
(1990) yakin sekiranya pelajar dibekalkan dengan pendidikan yang berasaskan
teknologi dan kemahiran, mereka ini akan bukan sahaja mudah mendapat pekerjaan
tanpa banyak bergantung kepada bantuan kerajaan malah mereka juga boleh
berdikari.
Menyedari hakikat tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan 22
mata pelajaran vokasional (MPV) secara berperingkat di sekolah menengah
akademik harian untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 mulai tahun 2002. Program MPV
telah diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 23 Jun 1999 untuk pelaksanaan mulai
tahun 2002. Penggubalan kurikulum MPV serta kursus untuk guru dan mesyuarat
penyelarasan dengan pegawai JPN telah dijalankan sepanjang tahun 2001. Program
MPV dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2002 sehingga 2005. MPV yang
berstatus elektif di tingkatan 4 dan 5, mengandungi 22 mata pelajaran vokasional
berasaskan bidang usaha pembuatan, perkilangan, pertanian, ekonomi rumah
tangga dan aplikasi komputer.
Memandangkan perlaksanaan MPV ini telah dijalankan sejak 2002, adalah
wajar mata pelajaran ini dikaji keberkesanannya bagi mengetahui sejauh manakah
program ini telah dirancang dan dilaksanakan dengan berkesan serta produk
(pelajar) yang dihasilkan memenuhi kehendak pelanggan (majikan). MPV
merupakan satu aktiviti yang membolehkan berlakunya perubahan terhadap
tingkah laku dan meningkatkan daya pemikiran pelajar bagi mengenal pasti masalah
dan kebolehan mencetuskan idea untuk menghasilkan sesuatu produk. Di dalam
merealisasikan apa yang telah dirancang, semua pihak memainkan peranan yang
154 Mohd Nordin, Ramlee & Mohammed Sani
penting agar segala objektif MPV yang dihasratkan itu tercapai. Segala objektifobjektif
MPV seharusnya diberi penekanan. Penekanan yang berbeza, implikasinya
nanti akan melahirkan generasi yang berbeza-beza dari segi kemahiran dan
pengetahuannya kerana mereka ini dididik oleh guru dari pelbagai latar belakang
dan mempunyai objektif yang berbeza (Azizi Yahya 1999). Menurut Azizi Yahya lagi,
ini sudah tentu akan memberi kesan yang kurang baik terhadap sistem pendidikan
di negara Malaysia. Untuk menyediakan perancangan yang berkesan, timbul juga
masalah dalam kalangan guru-guru yang tidak mempunyai keyakinan untuk
mengajar KH (Ramlah, 1992). Ada juga dalam kalangan guru mempunyai sikap
sukar untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dalam sistem pendidikan kita.
OBJEKTIF KAJIAN
Secara khususnya, objektif kajian pula adalah untuk:
1. Membuat Penilaian Konteks iaitu:
1.1. Menilai kesesuaian kurikulum MPV (Pertanian) dengan objektif kursus
dan matlamat kurikulum yang telah ditetapkan.
1.2 Menilai kesesuaian kurikulum MPV (Pertanian) dengan persekitaran
sekolah.
1.3 Menilai peranan dan kerjasama yang diberikan oleh pengusaha industri
pertanian terhadap pelaksanaan MPV (Pertanian)
2. Membuat Penilaian Input iaitu:
2.1 Menilai kesediaan guru-guru MPV (Pertanian) dari aspek tahap
pengetahuan, latihan, kemahiran dan keyakinan untuk proses
pengajaran dan pembelajaran.
2.2 Menilai kemudahan-kemudahan seperti peralatan, bahan, bengkel,
makmal, kebun dan tapak nurseri mencukupi serta membantu
pelaksanaan MPV (Pertanian).
2.3 Menilai kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir terhadap
pelaksanaan program MPV (Pertanian).
2.4 Menilai pengurusan peruntukan kewangan (PCG) yang dibekalkan oleh
KPM mencukupi serta membantu untuk melaksanakan program MPV
(Pertanian)
2.5 Menilai kesesuaian penjadualan dan jumlah waktu yang telah
ditetapkan terhadap pelaksanaan MPV (Pertanian).
3. Membuat Penilaian Proses iaitu:
3.1 Menilai proses pengajaran & pembelajaran (P&P) bagiMPV (Pertanian)
dilaksanakan dengan berkesan.
3.2 Menilai kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang digunakan
oleh guru-guru MPV di dalam pelaksanaan mata pelajaran tersebut..
3.3 Menilai proses Pentaksiran Kompetensi dan Pensijilan Modular (PKPM)
bagi MPV (Pertanian) di laksanakan dengan berkesan seperti yang
ditetapkan oleh kurikulum?
3.4 Menilai murid-murid telah melaksanakan kerja-kerja amali dalam MPV
(Pertanian) seperti yang ditetapkan oleh kurikulum?
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 155
4 Membuat Penilaian Produk iaitu:
4.1 Menilai keberkesanan program ini dari segi penguasaan ilmu
pengetahuan, kemahiran dan pembentukan sikap pelajar.
METODOLOGI
Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini adalah kajian penilaian program menggunakan model
Context, Input, Process dan Product (CIPP) oleh Stufflebeam et al (1971) dijalankan
dengan menggunakan soal selidik yang ditadbir dengan mengedarkannya secara
sendiri atau dengan menggunakan perkhidmatan pos kepada semua responden
yang terlibat. Kajian yang dijalankan merupakan kajian deskriptif dan inferensi di
mana tujuan kajian adalah untuk menilai perlaksanaan mata pelajaran MPV aliran
pertanian di sekolah menengah harian berdasarkan model CIPP oleh Stufflebem.
Model ini membentuk empat aspek yang perlu dinilai, iaitu: konteks, input, proses
dan produk. Instrumen yang dibentuk adalah disesuaikan dengan berasaskan
kajian-kajian lepas dalam bidang berkenaan di dalam negara serta pandangan dari
tokoh-tokoh berkaitan di negara ini.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan penilaian dari
sudut pelaksanaan MPV aliran pertanian berdasarkan model CIPP. Penilaian konteks
melihat dari aspek kesesuaian kurikulum MPV (Pertanian) dengan objektif kursus
dan matlamat kurikulum yang telah ditetapkan, kesesuaian kurikulum dengan
persekitaran sekolah dan juga peranan dan kerjasama yang diberikan oleh
pengusaha industi pertanian terhadap pelaksanaan MPV (Pertanian). Penilaian
input pula melihat kesediaan guru dari aspek pengetahuan, keyakinan, kemahiran
dan latihan serta kursus yang diterima guru dalam mengajar mata pelajaran
berkenaan, kemudahan peralatan, bengkel dan kewangan, jadual waktu, sokongan
pentadbir. Penilaian proses pula melihat proses dan keadah pengajaran dan
pembelajaran guru serta cara guru menilai projek atau kerja kursus pelajar.
Manakala penilaian produk melihat dari aspek keberkesanan program ini dari segi
penguasaan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pembentukan sikap pelajar.
Untuk mendapatkan data bagi penilaian program ini kaedah tinjauan
digunakan. Data yang diperolehi melalui soal selidik dalam kajian ini adalah data
numerik dan dianalisis mengikut prosedur statistik secara deskriptif dan inferensi,
namun sebahagian daripada data numerik tersebut memerlukan penjelasan lebih
mendalam melalui temubual daripada sebilangan kecil responden. Gabungan keduadua
kaedah ini perlu kerana ia saling melengkapi data antara satu sumber dengan
sumber yang lain, memandangkan setiap kaedah mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing-masing (Creswell & Clark 2007). Pemerhatian selanjutnya
menggunakan senarai semak dijalankan bagi melihat secara umum program Mata
Pelajaran Vokasional (Pertanian) melalui lawatan ke sekolah. Kajian ini bertujuan
untuk menilai dan melihat perjalanan program, tiada teori khusus yang diuji atau
dihasilkan.
156 Mohd Nordin, Ramlee & Mohammed Sani
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi sekolah yang menawarkan Program Mata Pelajaran Vokasional (Pertanian)
adalah sebanyak 142 buah, guru-guru seramai 198, pentadbir 381 dan pelajar 5956
orang. Sampel kajian ini dipilih dari 142 buah sekolah menengah akademik di
Semenanjung Malaysia yang menawarkan mata pelajaran vokasional pertanian
(BPPDP, KPM, 2008). Sekolah-sekolah tersebut dibahagikan mengikut lima zon.
Pemilihan sampel dilakukan dengan menggunakan gabungan prosedur persampelan
rawak mudah dan persampelan kelompok. Sampel kajian ini terdiri daripada guruguru
yang sedang mengajar MPV seramai 95 orang, pentadbir seramai 185 orang
dan pelajar seramai 415 orang, jadi keseluruhan sampel adalah seramai 695 orang.
Instrumen Kajian
Instrumen soal selidik yang digunakan dalam kajian ini telah dibina sendiri oleh
pengkaji berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
(2005) dan juga Azizi (1999) serta juga berpandukan kepada pilihan item-item
penilaian yang terdapat dalam kerangka konseptual.
Kajian Rintis
Kajian rintis telah dilaksanakan di 3 buah sekolah di Negeri Sembilan dan 4 buah
sekolah lagi di negeri Selangor yang keseluruhannya melibatkan 87 responden iaitu
11 pentadbir, 12 guru dan 64 orang pelajar.
Kebolehpercayaan Instrumen
Kajian ini menggunakan 5 soal selidik sebagai instrumen utama iaitu soal selidik
bagi guru mata pelajaran Tanaman Makanan, soal selidik bagi guru mata pelajaran
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi, soal selidik bagi guru mata pelajaran Landskap
dan Nurseri, soal selidik bagi pentadbir dan soal selidik bagi pelajar.
Kebolehpercayaan Soalselidik Guru Tanaman Makanan α >.60. Guru Akuakultur dan
Haiwan Rekreasi (AHR) α >.70. Guru Landskap dan Nurseri α >.70. Pentadbir α >.70,
dan pelajar α >.60.
DAPATAN KAJIAN
Perbandingan NilaiMin antara Mata Pelajaran Secara Keseluruhan
Jadual 1 menunjukkan perbandingan nilai min komponen penilian MPV masingmasing
guru. Bagi mata pelajaran Landskap dan Nurseri, 7 komponen penilaian
berada pada tahap nilai min tinggi iaitu Kesesuaian kurikulum MPV dengan objektif
kursus dan matlamat (4.19), Kesediaan guru-Guru MPV (4.02), Peranan dan
kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir (3.82), Pengurusan peruntukan
kewangan (PCG)-(3.95), Penjadualan dan jumlah waktu (3.82), Proses pengajaran
dan pembelajaran MPV (4.20) dan Proses Pentaksiran Kompetensi dan Persijilan
Modular (PKPM) (4.19). Ini bermakna bahawa Pelaksanaan mata pelajaran
Landskap dan Nurseri bagi 7 komponen tersebut berada pada tahap yang baik.
Sedangkan 6 komponen penilaian lainnya berada pada tahap sederhana iaitu
Kesesuaian kurikulum MPV dengan persekitaran sekolah (3.63), Kemudahan (3.61),
Kerjasama yang diberikan oleh pihak penguasa (2.84), Kursus/Latihan yang pernah
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 157
dihadiri (3.53), Kerja-kerja amali yang dilaksanakan oleh pelajar (3.63) dan Kesan
pelaksanaan program MPV (2.84). Atau dengan kata lain 6 komponen di atas masih
perlu ditingkatkan.
JADUAL 1. Min, sisihan piawai dan tahap komponen penilaian MPV bagi
responden Guru Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan dan
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
Komponen Penilaian NilaiMin Guru; Keseluruhan
L & N TM AHR Min S.P Tahap
1. Kesesuaian kurrukulum MPV
dengan Objektif Kursus dan
Matlamat
4.19 4.01 4.11 4.15 0.48 Tinggi
2. Kesesuaian kurrukulum MPV
dengan persekitaran sekolah
3.63 3.38 3.91 3.66 0.64 Sederhana
3. Kerjasama yang diberikan oleh
pihak penguasa
2.84 2.89 3.09 2.88 0.73 Sederhana
4. Kesediaan Guru-Guru MPV 4.02 3.84 3.91 3.97 0.57 Tinggi
a. Pengetahuan 3.97 3.71 3.85 3.91 0.60 Tinggi
b. Pemahiran 4.09 3.76 3.94 4.02 0.62 Tinggi
c. Keyakinan 4.03 3.77 3.89 3.97 0.59 Tinggi
5. Kursus/Latihan yang pernah
dihadiri
3.53 3.32 3.67 3.53 0.63 Sederhana
6. Kemudahan 3.61 3.29 3.16 3.48 0.70 Sederhana
7. Peranan dan kerjasama yang
diberikan oleh pihak pentadbir
3.82 3.65 3.81 3.80 0.64 Tinggi
8. Pengurusan peruntukan
kewangan (PCG)
3.95 4.01 4.11 3.90 0.59 Tinggi
9. Penjadualan dan Jumlah waktu 3.82 3.38 3.91 3.82 0.67 Tinggi
10. Proses pengajaran dan
pembelajaran MPV
4.20 2.89 3.09 4.18 0.40 Tinggi
11. Proses pentaksiran kompetensi
dan persijilan Modular (PKPM)
4.29 3.84 3.91 4.24 0.47 Tinggi
12. Kerja-kerja amali yang
dilaksanakan oleh pelajar
3.97 3.71 3.85 3.95 0.54 Tinggi
13. Kesan pelaksanaan program MPV 4.01 3.76 3.94 3.98 0.47 Tinggi
R= Rendah, Sdh= Sederhana, T= Tinggi
Dapatan bagi mata pelajaran Tanaman Makanan menunjukkan 6 komponen
penilaian sahaja yang berada pada tahap nilai min tinggi iaitu komponen penilaian
Kesesuaian kurikulum MPV dengan objektif kursus dan matlamat (4.01), Kesediaan
Guru-Guru MPV (3.84), Pengurusan peruntukan kewangan (PCG)-(4.01), Proses
Pentaksiran Kompetensi dan Persijilan Modular (PKPM) (3.84), Kerja-kerja amali
yang dilaksanakan oleh pelajar (3.71) dan Kesan pelaksanaan program MPV (3.76).
Tujuh komponen penilaian MPV di atas menurut guru Tanaman Makanan berada
158 Mohd Nordin, Ramlee & Mohammed Sani
pada tahap yang baik. Sedangkan 7 komponen penilaian lainnya berada pada tahap
sederhana iaitu Kesesuaian kurikulum MPV dengan persekitaran sekolah (3.38),
Kerjasama yang diberikan oleh pihak penguasaha Industri (2.89), Kursus/Latihan
yang pernah dihadiri (3.32), Kemudahan (3.29), Peranan dan kerjasama yang
diberikan oleh pihak pentadbir (3.65) dan Penjadualan, Jumlah waktu (3.38) dan
proses pengajaran dan pembelajaran MPV (2.89).
Sedangkan dapatan bagi mata pelajaran Akuakultur dan Haiwan Rekreasi
menunjukkan 10 komponen penilaian berada pada tahap nilai min tinggi iaitu
Kesesuaian kurikulum MPV dengan objektif kursus dan matlamat (4.11), Kesesuaian
kurikulum MPV dengan persekitaran sekolah (3.91), Kesediaan guru-guru MPV
(3.91), Kursus/Latihan yang pernah dihadiri (3.67), Peranan dan kerjasama yang
diberikan oleh pihak pentadbir (3.81), Pengurusan peruntukan kewangan (PCG)-
(4.11), Penjadualan dan Jumlah waktu (3.91), Proses pentaksiran kompetensi dan
persijilan Modular (PKPM) (4.19), Kerja-kerja amali yang dilaksanakan oleh pelajar
(3.85) dan Kesan pelaksanaan program MPV (3.94). Ini bermakna bahawa guru
Akuakultur dan Haiwan Rekreasi menganggap semua komponen tersebut berada
pada tahap yang baik. Namun demikian 3 komponen penilaian lainnya belum
dijalankan dengan baik, ini terlihat dari tahap nilai min yang berada pada sederhana
iaitu komponen Kerjasama yang diberikan oleh pihak penguasaha Industri (3.09),
Kemudahan (3.16) dan Proses pengajaran dan pembelajaran MPV (3.09).
Perbandingan Komponen Penilaian antara Persepsi Guru dan Pentadbir
Rajah 1 menunjukkan perbandingan nilai min secara deskriptif antara guru dan
pentadbir ke atas 12 komponen penilaian MPV. Dapatan menunjukkan bahawa
pentadbir memberikan nilai min yang lebih tinggi pada semua komponen penilaian
kecuali bagi komponen kesan pelaksanaan program MPV, di mana guru dan
pentadbir memberikan nilai min yang sama. Ini bermakna bahawa pentadbir
menilai pelaksanaan MPV secara keseluruhan adalah lebih baik berbanding dengan
penilaian guru MPV itu sendiri.
RAJAH 1. Perbandingan nilai min antara guru dan pentadbir
ke atas 12 komponen penilaian MPV
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 159
Dapatan Deskriptif Pelajar
Pelajar memberikan nilai min keseluruhan bagi proses pengajaran dan
pembelajaran MPV pada tahap yang tinggi (4.42). Kaedah yang digunakan dengan
kerap atau pada tahap tinggi oleh guru MPV dalam P&P adalah Kaedah
Syarahan/Penerangan (4.56) Didapati pula 2 kaedah pengajaran yang jarang
digunakan atau digunakan pada tahap rendah iaitu aktiviti di luar sekolah (3.00)
dan Praktikal di luar sekolah (2.69). Nilai min kerja-kerja amali secara keseluruhan
adalah 4.14 iaitu berada pada tahap tinggi. Maklum balas daripada pelajar terhadap
kesan pelaksanaan program MPV pula menunjukkan bahawa pelajar memberikan
nilai min pada tahap tinggi bagi kesan pelaksanaan program MPV secara
keseluruhan (4.02). Dapat disimpulkan bahawa kesan pelaksanaan program MPV
secara keseluruhan adalah baik atau tinggi.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, kajian ini menggambarkan pelaksanaan program MPV
(Pertanian) di sekolah menengah harian pada umumnya telah dilaksanakan dengan
baik mengikut sepertimana perancangan dalam Pelan Induk Mata Pelajaran
Vokasional Sekolah Menengah Akademik, KPM 2003, namun terdapat beberapa
160 Mohd Nordin, Ramlee & Mohammed Sani
kekurangan dan kelemahan yang perlu diperbaiki. Kelemahan tersebut adalah
jalinan kerjasama antara pihak sekolah dengan komuniti luar seperti pengusaha
industri dan masyarakat setempat, kursus dan latihan guru-guru dan juga
kemudahan bengkel, peralatan dan kebun/unit hortikultur dan akhirnya matlamat
untuk menyediakan pelajar lepasan MPV ke arah pekerja mahir. Implikasi
keseluruhan kajian ini menjuruskan kepada penilaian semula secara menyeluruh
terutama dari segi suasana persekitaran sekolah yang ingin menawarkannya
sebagai mata pelajaran pilihan, kemudahan, peralatan dan bengkel, kerjasama
komuniti setempat dan pengusaha industri dan akhirnya latihan dan kursus
peningkatan keilmuan guru-guru.
RUJUKAN
Aede Hatib Musta’mal. (1993). Pendidikan teknik dan vokasional (PTV) dalam
pembangunan sumber manusia. Jurnal Pendidikan. 37(8)
Ahamad Sipon. (2003). Educational strategies for the k-economy: Laying the
foundation for a flexible and competent workforce. Jurnal Pendidikan
Teknikal, Jabatan Pendidikan Teknikal, 2 (1-2003): 1-6
Azizi Yahya. (1999). Keberkesanan perlaksanaan program kemahiran hidup di
sekolah-sekolah menengah di Malaysia berdasarkan model penilaian konteks,
input, proses dan produk. Tesis Dr. Fal. Universiti Pertanian Malaysia.
Baek M.H. (1999). Vocational education reform: International trends and implication
on Korean education. Tesis Sarjana Pendidikan. EwhaWoman University.
http://saturn.ewha.ac.kr/publication/thesis/1999/baekmihwa.d oc [20
Februari 2007)
Cresswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. Edisi. Ke-2. Upper Saddle River:
Pearson Merill Prentice Hall.
Jaafar Sidek Latif. (1995). Penilaian terhadap keberkesanan KBSM geografi di
kalangan guru- guru di Sarawak. Tesis Sarjana. Universiti Kebangsaan
Malaysia
Jepson, R. (1987). A comparison of two approaches to in-service training and
subsequet leader behavior and attitudes. Tesis Ph.D. Ohio State University.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2002). Pelan Induk Mata Pelajaran Vokasional
Sekolah Menengah Harian Bagi Tahun 2002-2005.
Murherjee, R. (1989). Desingning Educational Program Evaluations: A Practical
overview based on research and experience. Boston: Kluwer.
Ramlah Hamzah. (1992). Persepsi dan masalah guru terhadap mata pelajaran
kemahiran hidup. Jurnal Pendidikan Guru, 9: 50-71
Ramlee Mustapha. (1999). The role of technical and vocational education in the
industrialization of Malaysia as perceived by educators and employers.
Tesis Ph. D. University of Purdue, Indiana, USA.
Stufflebeam, D.L., Foley, W.J., Gephart, W.J., Guba, E.G., Hammond, R.L., Merriman,
H.O. & Provus, M.M. (1971). Educational Evaluation and Dicision-Making.
Itasca, IL: F.E. Peacock.
Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah 161
Stufflebeam, D.L. (1971). The relevance of the CIPP evaluation model for educational
accountabilty. Journal of Research and Development in Education 5(1): 19-25
Wan Mohd Zahid Nordin. (1990). Refomasi pendidikan: Keperluan dan matlamat.
Kertas kerja seminar Biro Pendidikan UMNO Malaysia. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Yahya Emat. (1993). Cabaran dan strategi pendidikan teknik dan vokasional ke arah
mencapai wawasan 2020. Jurnal Pendidikan 37(78): 1-8
  


ULASAN

1.0  PENGENALAN
Tajuk Jurnal     : “Penilaian Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Bagi Bidang Pertanian
   Di Sekolah Menengah Harian Di Semenanjung Malaysia.”

Penulis             : Mohd Nordin Abu Bakar, Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani Ibrahim

Halaman          : 153-161 m/s.


2.0  OBJEKTIF

2.1 Objektif Penulisan Jurnal
 Objektif penulisan jurnal yang ditulis bersama oleh Mohd Nordin Abu Bakar, Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani Ibrahim bertajuk “Penilaian Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Bagi Bidang Pertanian Di Sekolah Menengah Harian Di Semenanjung Malaysia”, dapat disimpulkan bahawa penulisan mereka adalah bertujuan menilai pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) bidang pertanian di sekolah menengah harian dengan menggunakan model CIPP.


3.0  ISI KANDUNGAN PENULISAN

Penulisan jurnal ini dimulakan dengan ‘pengenalan’ seperti kebanyakan penulisan lain yang merupakan kaedah kajian. Kemudian diikuti objektif kajian, metodologi, dapatan kajian dan diakhiri kesimpulan bagi merumuskan hasil daripada dapatan kajian yang dilakukan.

Pengenalan kepada penghasilan jurnal ini membincangkan Pendidikan Teknik dan Vokasional satu dari cabang ilmu pendidikan yang mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Latihan dan pendidikan dalam bidang ini amat penting bagi melahirkan guna tenaga mahir yang seiring dengan keperluan industri dan pasaran negara. Penulis menggunakan model CIPP bagi menjelaskan objektif kajian mereka iaitu dengan membuat penilaian konteks, membuat penilaian input, membuat penilaian proses dan membuat penilaian produk.

Dalam metodologi pula, penulis banyak menggunakan kaedah kajian yang dijalankan bagi merumuskan penulisannya. Kajian yang dijalankan merupakan kajian deskriptif dan inferensi yang bertujuan menilai perlaksanaan mata pelajaran MPV aliran pertanian di sekolah menengah harian berdasarkan model CIPP oleh Stufflebeam. Model ini membentuk empat aspek yang perlu dinilai iaitu : konteks, input, proses dan produk. Pemilihan sampel dilakukan dengan melakukan persampelan rawak mudah dan persampelan kelompok. Keseluruhan sampel kajian adalah seramai 695 orang yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar MPV, pentadbir dan pelajar. Selain itu, instrumen soal selidik dalam kajian ini dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kajian yang dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia serta berpandukan kepada pilihan item-item penilaian dalam kerangka konseptual. Kajian rintis dilaksanakan di tiga buah sekolah di Negeri Sembilan dan empat buah lagi di Selangor yang melibatkan 87 responden terdiri daripada pentadbir, guru dan pelajar.

Melalui aspek dapatan kajian terdapat dua perbandingan yang ditunjukkan dalam jadual dan juga rajah. Perbandingan nilai min antara mata pelajaran secara keseluruhan ditunjukkan dalam Jadual 1 yang merupakan min, sisih piawai dan tahap komponen penilaian MPV bagi responden guru Landskap dan Nurseri, Tanaman Makanan dan Akuakultur dan Haiwan Rekreasi. Manakala, perbandingan komponen penilaian antara persepsi guru dan pentadbir ditunjukkan dalam Rajah 1. Dapatan menunjukkan bahawa pentadbir memberikan nilai min yang lebih tinggi pada semua komponen penilaian kecuali bagi komponen kesan pelaksanaan program MPV, di mana guru dan pentadbir memberikan nilai min yang sama. Dapat disimpulkan bahawa pentadbir menilai pelaksanaan MPV adalah lebih baik dari guru MPV itu sendiri. Tambahan dalam Jadual 2 menunjukkan rumusan dapatan hipotesis yang telah diuji dalam kajian ini. Kaedah analisis untuk dapatan kajian menggunakan ujian ANOVA satu hala dan regresi berganda.

Pada bahagian kesimpulan, penulisan merumuskan pelaksanaan program MPV bidang pertanian di sekolah menengah harian telah dilaksanakan seperti dalam Pelan Induk Mata Pelajaran Vokasional Sekolah Menengah Akademik. Penilaian secara keseluruhan dapat menyediakan pelajar lepasan MPV ke arah pekerja mahir.

4.0  KELEMAHAN JURNAL

Secara umumnya, tidak ada banyak kelemahan dalam penulisan jurnal ini. Susunan faktanya elok dan dapat disampaikan dengan baik kepada pengkaji dan pembaca amnya. Namun, penulis tidak banyak menggunakan banyak jadual, rajah dan graf dalam penulisan ini. Hanya terdapat dua jadual dan satu rajah sahaja ditunjukkan.


5.0  KELEBIHAN JURNAL

Jurnal yang ditulis oleh Mohd Nordin Abu Bakar, Ramlee Mustapha dan Mohammed Sani Ibrahim dapat difahami dengan mudah. Penyusunan fakta dibuat dengan teratur malah para pembaca dapat memahami dengan jelas apakah tujuan sebenar penulisan jurnal ini melalui objektif yang telah dinyatakan dalam jurnal “Penilaian Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Bagi Bidang Pertanian Di Sekolah Menengah Harian Di Semenanjung Malaysia.”. Penerangan yang terperinci dan susunan fakta yang menampakkan kesinambungan contohnya dalam aspek metodologi iaitu bermula daripada item rekabentuk kajian kemudian diikuti oleh item populasi dan sampel kajian, item instrumen kajian, item kajian rintis dan seterusnya kebolehpercayaan instrumen membolehkan pembaca memahami apakah isi kandungan yang dinyatakan dalam jurnal ini. Malah dalam aspek dapatan kajian, terdapat jadual, gambar rajah dan keterangan yang dapat membantu meningkatkan pemahaman para pembaca.







6.0  CADANGAN PENGULAS

7.0  PENUTUP
Secara keseluruhannya, penulisan jurnal ini telah berjaya membuktikan kerelevanan pelaksanaan mata pelajaran vokasional (MPV) bagi bidang pertanian di sekolah menengah harian di Semenanjung Malaysia. Kajian ini menggambarkan pelaksanaan program MPV (pertanian) di sekolah menengah harian umumnya telah dilaksanakan dengan baik mengikut perancangan dalam Pelan Induk Mata Pelajaran Vokasional Sekolah Menengah Akademik, KPM 2003. Penilaian yang baik daripada pihak pentadbir dan guru menunjukkan program ini sememangnya patut dilaksanakan di sekolah menengah harian di Semenanjung Malaysia. Malah, maklum balas daripada pelajar yang memberikan nilai min pada tahap tinggi terhadap kesan pelaksanaan program MPV pula menunjukkan program ini sememangnya diterima oleh pelajar secara keseluruhannya. Sesungguhnya, pelaksanaan program MPV (pertanian) ini dapat memberikan pelajar suatu pengetahuan dan pengalaman baru seterusnya menyediakan pelajar ke arah kehidupan yang lebih berketrampilan tinggi.