Total Pageviews

Sunday 12 October 2014

Teori Humanistik (Carls Rogers) - Hanya sebagai Rujukan



TEORI / FALSAFAH

Teori yang digunakan adalah teori humanistik. Mazhab humanis berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain.
Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut  kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu.  Beliau juga menjelaskan bahawa setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
Teori ini juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran yang ditentukan harus sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan. Kesimpulannya,  proses pengajaran dan pembalajaran perlu menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Say No To Plagarisme!!!

Senarai Kementerian Malaysia

Boleh klik link untuk maklumat lanjut di wikipedia:
                                                                             Sumber: Wikipedia Malaysia

Monday 6 October 2014

Contoh Tugasan Kritikan Jurnal (Hanya sebagai Panduan) Hak Cipta Terpelihara




1.0 Pengenalan
Jurnal yang dikritik adalah bertajuk ‘Kurikulum Kearah Penghasilan Kemahiran Berfikiran Kritis, Kreatif dan Inovatif  oleh Abu Bakar Nordin dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Jurnal ini diterbitkan dalam Jurnal Kurikulam dan pengajaran Asia Pasifik, Januari 2013, Bil 1, Isu 1. Penulis jurnal ini amat menitikberatkan perubahan kurikulam kearah lebih baik. Penulis juga mencadangkan penilaian keatas kurikulam yang sedia ada bagi keseimbangan sosio-ekonomi.

Penulisan jurnal ini dimulakan dengan pengenalan kepada aspek kurikulam seperti kebanyakan penulisan lain yang merupakan kaedah kajian analisis kandungan. Kemudian diikuti dengan membandingkan kurikulum Malaysia dan negara-negara yang maju. Kurikulam amat penting bagi mewujudkan negara yang maju dan stabil. Kurikulam sentiasa diubah mengikut keperluan masa depan. Kurikulum pendidikan juga mengalami perubahan berperingkat mengikut acuan Malaysia tersendiri. Kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif amat penting bagi menghasilkan pelajar yang sempurna dari segi semua segi.

Kurikulam pendidikan yang mantap amat diperlukan bagi negara yang sedang membangun. Hal ini kerana, pembangunan sesebuah negara bergantung kepada rakyatnya. Jika rakyatnya mempunyai tahap pendidikan yang tinggi, maka negara tersebut akan sentiasa ada sumber tenaga manusia yang berkemahiran tinggi. Sumber tenaga manusia amat diperlukan untuk menstabilkan status ekonomi dan politik negara. Pendidikan, ekonomi, politik dan sosial dapat menjurus kepada pencapaian wawasan 2020.

Pengenalan kepada penghasilan jurnal ini membincangkan kepentingan oenambahbaikan kurikulam sebagai cabang ilmu pendidikan yang mampu menjana ekonomi sesebuah negara. Pendekatan pedagogi dalam pembentukan kurikulam ini amat penting bagi melahirkan guna tenaga mahir yang seiring dengan keperluan industri dan pasaran negara. Penulis menggunakan petikan ucapan pemimpin-pemimpin Malaysia dan negara-negara maju bagi menjelaskan kepentingan perubahan kurikulum iaitu dengan membuat penilaian konteks, membuat penilaian input, membuat penilaian proses dan membuat penilaian kaedah.

Dalam bahagian perkembangan penulisan jurnal pula, penulis banyak menggunakan kaedah menginterprestasikan maklumat yang disebut oleh pemimpin Malaysia dan England. bagi merumuskan penulisannya. Jurnal ini juga tidak mempunyai sebarang kajian kuantitatif tetapi menghuraikan transformasi kurikulam pendidikan Malaysia sejak mencapai kemerdekaan hingga sekarang.

2.0 Kritikan Jurnal
2.1 Kekuatan Jurnal
Jurnal ini mempunyai beberapa kelebihan. Penulis jurnal berusaha untuk menunjukkan perubahan yang dialami oleh sistem pendidikan Malaysia secara teratur. Apabila membaca jurnal ini, para pembaca dapat pelbagai info tentang objektif pembinaan kurikulum Malaysia. Jurnal ini juga mengungkapkan kepentingan teknologi maklumat  dalam perkembangan kurikulum. Penulis menyatakan pelbagai kaedah teknologi maklumat terkini yang boleh diamalkan bagi menstabilkan kedudukan ekonomi dan politik negara. 

Penelitian kurikulam oleh penulis juga menerangkan kesan keatas negara jika kurikulam tidak dibentuk dengan sempurna mengikut kesesuai perubahan global.  Strategi pembinanaan kurikulum berdasarkan gaya pemimpin negara masing-masing  sebagaimana disebut oleh penulis berkisar kepada kemajuan sosia-ekonomi negara. Penulis juga dengan jelas menyatakan perubahan yang perlu dibuat keatas kurikulum, persediaan guru, kualiti sekolah, kepimpinan sekolah dan delivery machinery bagi mencapai matlamat pendidikan negara. Pembaca akan memperoleh banyak idea berkenaan pembentukan kurikulam kerana penulis dapat menyatakan program-program yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan kurikulum yang mantap.

Kekuatan seterusnya ialah sumber yang dirujuk dalam penghasilan jurnal ini. Penulis telah merujuk bahan rujukan yang mempunyai banyak fakta dan dapatan  kajian. Penulis menghuraikan pelbagai jenis model pendidikan yang dipelapori oleh ahli ilmuan yang terkenal seperti John Dewey, Howard Gardener dan sebagainya. Hal ini, akan membantu pengkaji lain yang membaca untuk membuat kajian lanjutan tentang penyerapan  kemahiran berfikiran kritis, kreatif dan inovatif dalam kurikulum.



2.2  Kelemahan Jurnal
Kelemahan yang terdapat dalam jurnal ini ialah tiada kajian yang dijalankan. Jurnal ini semata-mata hanya menerangkan fakta-fakta tentang penyerapan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Penulis sepatutnya menjalankan satu kajian deskriptif dan inferensi yang bertujuan menilai keberkesanan pelaksanaan kurikulam yang mempunyai aspek pemikiran kritis,kreatif dan inovatif. Penulis juga boleh mengunakan kaedah analisis kandungan jika terdapat kekangan dalam membuat kajian bagi pembinaan kurikulum.

Kelemahan seterusnya ialah penulis tidak menggunakan sebarang bentuk grafik. Jurnal ini hanya mengandungi tulisan fakta. Para pembaca akan tertarik jika terdapat carta, rajah ataupun jadual bagi menerangkan intipati jurnal. Bentuk grafik dapat menyampaikan maklumat dengan mudah dan cepat. Pembaca juga dapat menganalisis dapatan jurnal ini dengan senang.

Susunan fakta dan maklumat juga mempunyai sedikit kelemahan. Penulis tidak menyusun maklumat dengan menarik. Maklumat yang berlainan perlu disusun dengan menggunakan subtopic yang berlainan. Penulis tidak menggunakan kaedah ini dalam hasil penulisan ini. Selain itu, perenggan fakta juga amat panjang. Penulis perlu memudahkan ayat-ayat dan idea yang diterangkan supaya senang difahami.

Penulis juga tidak memeriksa kesalahan menaip dan ejaan. Kesalahan sebegini merendahkan nilai jurnal ini. Sebelum menerbitkan jurnal, penulis perlu memurnikan dengan meminta pendapat pengkaji yang lain.










3.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, penulisan jurnal ini telah berjaya membuktikan kerelevanan penghasilan kurikulam ke arah pemikiran kritis, kreatif dan inovatif. Penilaian yang baik terhadap kurikulum program ini sememangnya patut dilaksanakan secara menyeluruh bagi memastikan kedudukan negara Malaysia setaraf dengan negara-negara maju. Sesungguhnya, pelaksanaan kurikulum yang mempunyai penerapan pemikiran  kritis,kreatif dan inovatif dapat memberikan pelajar suatu pengetahuan dan pengalaman baru seterusnya menyediakan pelajar ke arah kehidupan yang lebih berketrampilan tinggi.

Penentuan kurikulum juga amat penting bagi menjadikan sistem pendidikan Malaysia stabil serta melahirkan warganegara yang berketrampilan tinggi dan dapat menangani cabaran-cabaran global. Negara-negara dunia mengalami perubahan drastik dari segi ekonomi, teknologi maklumat, sosial dan politik. Cabaran-cabaran global hanya boleh diatasi jika terdapat penyerapan unsure-unsur pemikiran aras tinggi dalam kurikulam pendidikan. Pendidikan merupakan tulang belakang sesebuah jentera negara. Dengan adanya kurikulum pendidikan yang sistematik sesebuah negara dapat mencapai status negara maju dengan cepat. Pendidikan yang berkesan menentukan pembangunan negara kita.

Perubahan yang dilakukan keatas kurikulum Malaysia secara  langsung akan meningkatkan kredibiliti dan mobiliti warganegara Malaysia. Perubahan ini akan mewujudkan negara Malaysia yang stabil. Sistem pendidikan yang sempurna menjadi saluran penyampain matlamat negara kepada warganegara. Oleh itu, pengubalan kurikulum perlu dibuat berdasarkan keperluan pasaran ekonomi dunia.







4.0 Bibliografi
Best, J.W. & Khan, J.V. 1986. Research in Education. London: Prentice hall.

Brody, M. 2005. Learning in nature.Environmental Education Research 11(5): 603-621.

Campbell, D.T. & Stanley. 1963. Experimental and Quasi-experimental Designs for Research. Chicago: Rand Mcnally.

Cresswell, J.W. (2005). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating
Quantitative and Qualitative Research. Edisi. Ke-2. Upper Saddle River:
Pearson Merill Prentice Hall.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1979), Laporan Jawatankuasa Kabinet Menkaji Pelaksanaan Dasar Pelarjarn (Report of the Cabinet Committee Reviewing the Implementation of the Educational Policy), Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. (2006). Putra Jaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Schissler, (1989).Limitations and priorities for International Social Studies. Textbook Research.The International Journal of Social Education, 4.

Stufflebeam, D.L., Foley, W.J., Gephart, W.J., Guba, E.G., Hammond, R.L., Merriman,
H.O. & Provus, M.M. (1971). Educational Evaluation and Dicision-Making.
Itasca, IL: F.E. Peacock.

Warfield, J.N., & Perino, G.H. (1999).The problematique: Evolution of an idea. System Research and Behavioral  Science, 16(3), 221-226.



.


Wednesday 23 April 2014

Tugasan ISMP- PENDIDIKAN DI BEBERAPA NEGARA BARAT



Amerika Syarikat

Huraian
Isu
Cara mengatasi
-          Pelajar Amerika Syarikat wajib (bergantung kepada sekolah)memasuki prasekolah sebelum melangkah ke tahap 1 pada umur 6 tahun.
-          System pengredan berbeza mengikut negeri-negeri masing-masing.
-          Pelajar dibenarkan bersekolah di rumah bersama mentor atau guru pilihanya serta hanya pelu menduduki peperiksaan di sekolah untuk memperoleh sijil.
-          Kurikulam berbeza mengikut negeri dan tidak mempunyai standard operasi yang sama.
-          Kurikulam yang tidak sama bagi semua sekolah di semua negeri menjadikan pelajar-pelajar tidak mendapat pendidikan yang sama rata.
-          Satu penentu aras ataupun kurikulam yang bersepadu perlu diamalkan bagi semua sekolah di Amerika Syarikat.

Mexico

Huraian
Isu
Cara mengatasi
-          Pendidikan di Mexico ditadbir oleh Sekretariat Pendidikan. Standard pendidikan yang ditetapkan oleh jabatan di semua peringkat kecuali di universiti autonomi yang disewa oleh kerajaan.
-          Pendidikan di Mexico dibahagikan oleh kelas. Pelajar keluarga belajar di sekolah swasta, lengkap dengan pelbagai kemudahan dan bahan-bahan rujukan, manakala kanak-kanak dari latar belakang yang miskin biasanya tidak mampu untuk pergi ke sekolah.
-          Pendidikan menjadi hak milik bagi orang kaya dan berpendapatan tinggi.
-          Pendidikan sama rata perlu diberikan kepada semua tanpa mengambil kira status dan kerajaan perlu mengambil langkah kesedaran di kalangan rakyat supaya dapat mengurangkan jurang pendidikan dalam kalangan rakyatnya.

Brazil

Huraian
Isu
Cara mengatasi
-          pendidikan awam adalah percuma di semua peringkat di Brazil dan wajib untuk usia 7-14, tetapi liputan adalah tidak lengkap dan kualiti pendidikan tidak sekata.
-          Sekolah-sekolah swasta amat memntingkan keuntungan dan kurang dipantau oleh kerajaan.
-          Kehadiran murid ke sekolah yang tidak memuaskan menjadi penghalang kepada perkembangan pendidikan.
-          Setiap sekolah mempunyai peraturan dalaman, yang mesti diluluskan oleh Majlis Pendidikan Sistem Pendidikan masing-masing (negeri atau persekutuan).
-          Penilaian berasaskan sekolah yang lebih utamakan pencapain peringkat sekolah.
-          Pendidikan di Bandar dan di kawasan pedalaman tidak sama dan tidak mempunyai standard tertentu.
-          Pelajar kawasan pedalaman dan Bandar perlu dinilai mengikut standard yang sama supaya aras pengetahuan para pelajar sama.


Canada

Huraian
Isu
Cara mengatasi
-          Matlamat utama pendidikan negara Canada ialah  mencapai numerasi asas di kalangan semua murid, serta mewujudkan asas yang kukuh dalam matematik, sains, geografi, sejarah, dan sains sosial.
-          Kurikulam pendidikan juga berbeza di wilayah-wilayah tertentu dengan persetujuan persekutuan.
-           Di Kanada, sekolah boleh menjadi sekular (tiada agama), Katolik atau Kristian (pelbagai denominasi Protestan). Sesetengah wilayah mempunyai lembaga sekolah yang berasingan untuk sekolah-sekolah agama dan bukan agam
-          Sekolah perlu berteraskan ajaran agama supaya sosial dan rohani pelajar dalam keadaan terkawal. Sekularisme boleh mewujudkan pelajar yang tidak bermoral dan tidak mempunyai kepercayaan terhadap tuan.
-          Pendidikan agama perlu diterapkan kepada para pelajar supaya pencapaian akademik dan sahsiah pelajar  meningkat.


Jamaica

Huraian
Isu
Cara mengatasi
-          Sepanjang 6 tahun pengajaran di sekolah rendah satu set ujian diadakan iaitu:
   Gred 1 :  Kesediaan
   Gred 3:  Ujian Penilaian dalam Matematik dan Seni Bahasa
   Gred 4 :  Ujian Literasi
   Gred 6 : Ujian Pencapaian dalam Matematik, Bahasa Sastera, Sains, Pengajian Sosial dan Penulisan.
-          Pencapaian berteraskan markah yang diperoleh menjadi pilihan untuk ke sekolah menengah.
-          Penilaian yang hanya berteraskan ujian dianggap kurang bersesuai untuk menilai kemampuan seseorang pelajar.
-          Aktiviti kokurikulam atau projek perlu diadakan bagi mencungkil bakat pelajar sebelum memasuki alam persekolahaan menengah.